Walaupun Pasir Gudang ini lebih dikenali sebagai kawasan perindustrian, sebenarnya, banyak tempat menarik yang dapat dikunjungi oleh ramai orang.
Jom kita lihat apa yang menarik di Pasir Gudang, Johor!
1. MUZIUM LAYANG-LAYANG PASIR GUDANG
Muzium Layang-Layang adalah lokasi paling sesuai sekiranya anda ingin membawa anak-anak mengenali permainan tradisional Melayu ini. Muzium ini memaparkan layang-layang wau tradisional tetapi juga layang-layan di seluruh dunia seperti Jepun dan lain-lain lagi. Dibuka setiap hari sehingga 5 petang dan bayaran masuk adalah RM2 untuk orang dewasa, RM1 untuk kanak-kanak dan RM3 untuk warga asing.
2. TAMAN PERTANIAN KONG KONG
Taman Pertanian Kong Kong yang terkenal sebagai tempat menarik di Pasir Gudang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya E22 ini berfungsi sebagai muzium buah-buahan termasuk buah-buahan nadir yang hampir pupus sebagai khazanah warisan negeri.
Alamat : Lot 584, Mukim Sg Tiram, Kong-Kong, Pasir Gudang, Johor
( Terletak bersebelahan dengan Lebuhraya E22 )
Waktu : 8.00 Pagi - 5.00 Petang (Setiap Hari kecuali Jumaat dan Sabtu)
No. Telefon L 07 266 6707 (Pejabat)
( Terletak bersebelahan dengan Lebuhraya E22 )
Waktu : 8.00 Pagi - 5.00 Petang (Setiap Hari kecuali Jumaat dan Sabtu)
No. Telefon L 07 266 6707 (Pejabat)
3. SARANG BUAYA TANJUNG LANGSAT
Anda dapat melihat cara-cara reptilia itu diberi makan, selain berpeluang mengabadikan gambar kenangan bersama-sama anak buaya. Pelbagai informasi dan fakta berkenaan buaya juga boleh diperoleh di santuari itu, antaranya latar belakang serta spesies yang terdapat dalam dunia.
Bayaran masuk ke santuari yang dibuka mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari itu adalah RM8 bagi pengunjung dewasa, manakala RM6 untuk kanak-kanak.
4. TS WONDERLAND INDOOR WATER THEME PARK
TS Wonderland Indoor Water Theme Park menjadi tempat paling kegilaan anak-anak untuk bermain dengan air. Keistimewaan taman tema air ini ialah bertemakan ‘indoor’, ini bermakna anda tidak terkena panas terik matahari.
5. BAZAAR KARAT PASIR GUDANG
Malam-malam ni seronok jalan-jalan santai di Bazaar Karat Pasir Gudang. Anda boleh mencuci mata melihat barang-barang murah yang dijual di sana seperi barangan antik, pakaian, perhiasan, makanan dan sebagainya.
Semoga artikel ini membantu anda dalam merancang percutian anda di Pasir Gudang, Johor.
Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk bersiar-siar di Pasir Gudang, anda boleh menyewa kereta.
Whatsapp/Call kami sekarang di 011-10984332
Alamat : No 21A, Jalan Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, 81700
Pasir Gudang, Johor
No comments:
Post a Comment